Tunggu Teduh Dulu
Kenali TTD

Home

Kenali TTD
Kulit Buku
Watak-watak
Lagu TTD
Hubungi Saya

Ramai pembaca ingin tahu lebih lanjut mengenai Novel TTD ini. Kat sini ada le sikit-sikit info yang saya cedok merata bagi makluman semua......

Kelahiran TTD

TTD dilahirkan pada 29 Zulhijah 1424. Ia merupakan novel ke-6 Faisal Tehrani yang dibukukan. Novel ini sebelumnya telah disiarkan secara bersiri dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia mulai 03.03.2003 hingga 31.12.2003 sebanyak 130 keluaran. Bertitik tolak dari sini, terhasillah Novel TTD.

Kriteria TTD

Novel ini mempunyai 46 bab termasuk Prolog dan Epilog. Jumlah keseluruhan mukasurat ialah 690 meliputi kulitnya.

Penerbit TTD

TTD diterbitkan oleh Penerbitan Selain. Kenali syarikat ini dengan melayari laman web mereka di www.se-lain.com. Syarikat ini juga bertanggungjawab menjual TTD dimuka bumi ini.

Betik!

Betik! kenapa betik?. Dahulu Faisal pernah menyelami dunia epal ( buah eropah ) kali ini beliau memilih buah tropika esotik iaitu BETIK untuk dijadikan subjek. Satu penghargaan buat buah-buahan tempatan. (Setelah saya baca novel ini baru saya tahu BETIK banyak manafaatnya)

papayapapaya.jpg